Google

Saturday, July 4, 2009

Ketua Radikal


Gores mancis,

Belerangnya kemerahan bernyala,
Bara kriuk-kriuk asli arang batu,
Tak pun keretek tembakau,
Lekapkan ke bibir mulus,
Sinetron antarabangsa akan berpaling nanti,

Gelojak hati, turutkan
Rontaan minda, hemburkan
Ada rasanya mahu pijak,
Maaf, "jari kelingking kaki berketuat",
Jangan cukur misai,
Jangan cukur pubis,
Jangan cukur ketiak,
Dan jangan cukur kelangkang,,
Pastikan telanjang satu peta dunia dengan warna merah!
Layarnya putih...


Thursday, June 18, 2009

URBANATTIC, Capsquare 13th May 2009


Two long sheets of "Yahudi Laknatullah" and "Meliur Basi Di Pondok Usang" was on the night scene of the forgotten spoken words.

Empire held by Pikorionexxes team again without the missing Apocalypse Dawn.
Here the clockwise.
Credit to Anna of Urbanattic for the photo.
Credit to Piko's back-up artists, Izham, Nik Azman and Kimba.

Cheers

Monday, January 26, 2009

YAHUDI LAKNATULLAH

DISEBABKAN SELERA MENJAHAMKAN ISRAEL SEMAKIN MEMBUAK, TERINGAT PULA KARYA LAMA SAYA, KALAU DIPERUK MUNGKIN DAH JADI PEKASAM, ELOK DIBUAI PERASA PELUH KEKASIH LU YANG MASAM, TANPA MEMBUANG ADAT RESAM TERIMALAH INI ENTRI YANG PASTI MEMBUATKAN KAMU ORANG HILANG KEINGINAN MEMAKAN ASAM:

YAHUDI LAKNATULLAH
Sejarah yang dahulu,
Kau luah bagai sukma,
Oh, berdarah di hati menanggung azab duniawi,

Lebih baik sendiri,
Hitam-putih ku tentukan,
Oh, bernanah di hati merasa kejayaan non-hakiki,

Agenda,
Timur-Barat,
Yang kau laungkan,
Tak muncul lagi,
Kami dihina,
Dicaci-maki,
Sepak terajang Yahudi Laknatullah

*sebuah puisi yang telah dilagukan oleh Piko, senikata asal dari terjemahan persidangan PBB 2006 seperti dinyatakan Bush semasa pemerintahannya. Konsep utama ialah politik pop.

SAKSIKAN KOMBO negarakus DI IPOH SABTU INI:


Monday, December 1, 2008

Selamat Hari Lahir Ke-27 Saya

27 Tahun Tua

Ada kek tak?
Oooh, haha, hehe, hihi, hoho, huhu
Masih melalak dengan band,
akhirnya hari ini saya berumur 27 tahun.
Dah tua pun?
Jodoh tak sampai lagi.
Siapa nak kahwin dengan saya?
Saya hanya ada gitar karen, BMX dan 2 buah syarikat kecil.
Apa nak jadi! Jadi lah..
Opss...saya juga ada menulis beberapa ratus lagu dalam koleksi band saya, jangan lupa "Ambil periksa!"
Apa nak jadi! Jadi lah, saya ada sedikit duit simpanan, secebis hati luka, sehelai sepinggang dan seorang yatim,

Pedulikan yang lain,
hip hip hooray,
27 tahun tua.

Terima kasih yang ucap "Selamat hari lahir"
Yang tak ucap tu "Boleh jalan lah"
Mari kita terus bersuka-ria,
Penuhkan saki baki hidup dengan hati nan ceria,
Opss...lupa, tiada kek hari jadi ke?

1 Disember 2008
Jom Ngoblog!
Pikorionexxes
www.negarakus.blogspot.com

Saturday, October 18, 2008

Jiwa Muda Hati Remaja

Aku, dari dulu lagi,
Belum mahu mati,
Masih goyang kaki,
Belum cari bini,
Entah - mahu yang seksi,
Kalau dah jadi,
Aku tak peduli,
Jiwaku untuk pemudi,
Yang berjati diri,
Gelodak remajaku hingga ke ini - hari,
Si cantik dulu, Belum ada ganti,
Yang pasti pergi,
Biarkan aku sepi,
Apa kau peduli,
Mari kita membising bunyi,
Semuanya di sini:

PELACUR itu pun terus berjalan,
menabur dosa hitam di awangan,
ramai lelaki-wanita sudah jadi pelanggan,
semalam, aku hampir melayan,
nasib ku ingatkan Tuhan,
celaka, membawa kepada azab pangkalan,
mereka perosak bangsa, agama dan taulan,

PELACUR-PELACUR itu pun terus bersuara,
katanya makan tak cukup untuk hidup bersama,
ramai wanita-lelaki sudah jadi pemangsa,
kelmarin, aku tolak percuma,
nasib ku ingatkan dosa-pahala,
celaka, terbawa dari wabak dunia,
mereka penjahanam martabat kita semua,

Berbogel,
Bersolek,
Berbilik,
Bergetah! Ya getah plastik di dalam tangannya.
Si pelacur itu.
Seorang perempuan,
Seorang lelaki,
Ramai perempuan,
Ramai lelaki,
Ada juga transeksual,
Semuanya celaka.
...maka melacurlah mereka ke pengakhiran.



Monday, September 29, 2008

Tiada Besok


Jadi bermulanya sesuatu
yang mulanya hanya lahir dari bisikan lembut angin
dan niat untuk menggapai sesuatu yang tak pernahnya ada di situ
tetapi sesuatu itu pernah Aku alami
dan seringkali impresinya disalahtafsir
sebagai anasir merumitkan getiran segala predikamen
tapi Aku tak pasti sama ada di alam ini atau alam lain
atau syaitan yang memuja asyik bermain bayang di balik kain
Ya Aku pasti Aku pernah
berserah atau terserah
mungkin sekali dalam mimpi
Aku dan sesuatu barangkali pernah bersatu
melagukan nekad sebab ingin mengumpan bajingan beribu
yang beribukan nafsu untuk meneraju

kaku di kala Aku menjejak langkah pertama memulakan
perjalanan beribu batu yang pengakhirannya Aku tak tahu di mana
tanpa sesiapa menongkat Aku
bumi terhampar luas tiada sempadan antara Aku dan lakhanat semua
yakni mereka.....

Hari terakhir Aku di bumi
tak ingin terlalu selesa di sini kerana pengakhirannya besok pagi
Maka Aku genggam hari ini sehingga berdarah jejakanku
biarkan ia titis meliputi tanah yang menamakanku
menyelimuti jasadku yang lohong tapi
hatiku penuh dengan impi
satu ketika Aku seperti kalian juga
leka dengan andaian besok
kerana besok
adalah seperti kekasih yang seringkali memungkiri
.....berpaling muka lupa untuk kembali pada sisi

Bila tiba pagi
bertaburan remuk janjian
di lantaran akhir
bertemankan azab dunia
para malaikat menyanyikan
Aku pula nazak bertahan
sambil Izraeil memancung jasad dari roh dengan perlahan
tersekat kalimah di tenggorokan
enggan berpisah kerana berat disauh dosa...

Tuesday, September 2, 2008

Pharoahe Monch Spoken Word


he's so sick he needs bedrest...